Tuesday, November 22, 2011

PUAS HATI HAKUU

seperti mana yang kita sedia maklum... team HARIMAU MALAYA U-23 menang pingat emas dalam pertandingan bola sepak Sukan Sea malam tadi selepas menang 4-3 dalam penalty shootout.. gila kaauuu, dalam extra time 30 minit tu kalau doktor cek blood pressure aku, insyaallah beliau beri prescription serupa macam mak aku.

gila tak berdebar.. aku nak tak nak je tengok sebab takut gak aku kalo jantung aku tiba-tiba stop..sia-sia je hehe. dalam minit-minit terakhir tu, aku dah pasrah dan redha kalau team Malaysia kalah, sebab apa.. bagi aku dua-dua team memang setara, dengan perang psikologi penyokong tuan rumah yang macam &*%^$^ terang-terang menghina.. seriusly aku rasa sebak bila gerombolan garuda kurang didikan sosial ni memekik dan bising dan duduk bolayann semasa pasukan kita menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. ape nih? UNITED AND RISING laaaaaa sangat!

jauh beza pula dengan pemain bola mereka, memang profesional.. kita boleh tengok dorang main with full commitment and integrity. aku personally suka dengan Titus Bonai.. oww man, this guy can really fly! hehe.. tapi pelik aku budak ni, asal ada sepakan ke gawang gol Malaysia jek, mesti nak pegang-pegang jaring tu. nak baca-baca dulu kot hhaha..

time penalty shootout tu lagii la gila babas! tak duduk aku wehh.. masa Baddrol amik last penalti tu and terkena kaki penjaga gol.. aku dah "alamakkkkkkk" ehh pastu bola terlepas golek-golek masuk gol hahahha.. drama queen sungguh kau bola.

apa-apa pun.. CONGRATULATION to Mr. Ong Kim Swee dan anak-anak buah. next time jangan terlepas bola depan goal post lawan kerap sangat okehh! ^____^ 



from nst.com.my