Wednesday, November 30, 2011

gambar lailailaiiii...!

rasa macam peratusan semangat nak update blog adelah pada paras 57% sahaja..

sebab gambar tak ada..

kalo gambar tak ada, so saya tak bole nak refer kejadian tersebut.

kalo saya tak dapat nak recall kejadian tersebut, maka saya pun tak tau nak tulis apa.

nak merepek bagaii bole la.

pastu kalo aku karang 32 mukasurat tanpa gambar ko bole pulak menguap macam beruang kannn..






insyaallahh... chaiyokk!! fighting!! hmmp ok bye ...

Tuesday, November 22, 2011

PUAS HATI HAKUU

seperti mana yang kita sedia maklum... team HARIMAU MALAYA U-23 menang pingat emas dalam pertandingan bola sepak Sukan Sea malam tadi selepas menang 4-3 dalam penalty shootout.. gila kaauuu, dalam extra time 30 minit tu kalau doktor cek blood pressure aku, insyaallah beliau beri prescription serupa macam mak aku.

gila tak berdebar.. aku nak tak nak je tengok sebab takut gak aku kalo jantung aku tiba-tiba stop..sia-sia je hehe. dalam minit-minit terakhir tu, aku dah pasrah dan redha kalau team Malaysia kalah, sebab apa.. bagi aku dua-dua team memang setara, dengan perang psikologi penyokong tuan rumah yang macam &*%^$^ terang-terang menghina.. seriusly aku rasa sebak bila gerombolan garuda kurang didikan sosial ni memekik dan bising dan duduk bolayann semasa pasukan kita menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. ape nih? UNITED AND RISING laaaaaa sangat!

jauh beza pula dengan pemain bola mereka, memang profesional.. kita boleh tengok dorang main with full commitment and integrity. aku personally suka dengan Titus Bonai.. oww man, this guy can really fly! hehe.. tapi pelik aku budak ni, asal ada sepakan ke gawang gol Malaysia jek, mesti nak pegang-pegang jaring tu. nak baca-baca dulu kot hhaha..

time penalty shootout tu lagii la gila babas! tak duduk aku wehh.. masa Baddrol amik last penalti tu and terkena kaki penjaga gol.. aku dah "alamakkkkkkk" ehh pastu bola terlepas golek-golek masuk gol hahahha.. drama queen sungguh kau bola.

apa-apa pun.. CONGRATULATION to Mr. Ong Kim Swee dan anak-anak buah. next time jangan terlepas bola depan goal post lawan kerap sangat okehh! ^____^ 



from nst.com.my

Friday, November 18, 2011

yeahuuuu.. semalam poscard dari korea sampai!! its frommm.......... ourselves hahahhaha


aku send kat peti surat FOC kat airport Incheon on 31st October 2011 around 730am.. so it takes about 13 working days to reach sarawak. not bad actually, sebab initially aku expect poscards tu amik masa sebulan untuk sampai sini.






teringin nak pegi lagik... nak venture sorang diri pun ok gak. hmm..

Monday, November 14, 2011

i sold my soul to seoul III

DAY 3 OF SEOUL
DESTINATION : EVERLAND!


hari ni semangat noks! awal bangun ( pukul 630am je pun hehe ) pas siap-siap, gi breakfast pastu zassss naik subway untuk menuju ke Gangnam station.. apa yang ada di sana? ya tuan-tuan dan puan-puan.. kami ingin menaiki bas yang menuju ke Everland, dengan itu kita harus ambil subway ke Gangnam ye.



dari website everland.. nombor 6 tu maksudnya keluar ikut exit #6 lah



sampai Gangnam station, keluar exit #6 dan jalan terus je tanpa berpaling ke kiri dan kanan.. akan lalu Giordano dan tak lama selepas tu, jumpa la Krispy Kreme Doughnut, berbaris kat bus stop depan kedai tu.



  iklan yang terdapat kat exit Gangnam Station tu.. muka biasa-biasa pun bole jadi cam artis tau!



masa kami sampai situ, nasib baik Q tak panjang.. dengan suhu yang sejuk-sejuk gedik, itulah pestime aku rasa best je berbaris tepi jalanraya tunggu bas..



ni billboard yang kat building depan bus stop ni.. memang strategik okeh.. boleh cek index stock market, weather for the day ( 7 degrees woii.. tapi tak rasa sejuk sangat pun, maybe sebab matahari terik )




bas penuh dengan korean je aku tengok.. sampai berdiri dari belakang sampai depan.. tadi aku cakap kitaorg Q agak kedepan kan? so dapat la seat yang best sikit. naik bas ni pun senang je, just tap your T-Money and you're set to go! hhehe.. perjalanan amik masa kira-kira 45 minit gitu.. aku tengok Everland ni kat area bukit-bukit jugak la, jauh dari bandar.



ni tempat bas Gangnam tadi berenti.. bas-bas yang kat belakang tu charter bus kot, tak tau la. so bila nak balik nanti, carik tempat parking bas 5002.. cek papan hijau putih kat tiang berbumbung tu.



ni kat depan bas parking tadi.. tempat duduk sementara menunggu bas datang.



red and green.. i loikee!



pas turun dari bas, kena jalan kaki lagi kira-kira 100 meter gitu untuk amik free shuttle bus, then bus ni akan bawa anda ke pintu depan Everland.. again, just follow the crowd! ^___^



 free shuttle bus yang akan menghantar anda ke alam keajaiban.. gitu  >____<



memandangkan aku tak pernah pegi Lotte World, so tak tau nak compare camne.. tapi Everland memang cantikkk!!!!! plus the lovely weather makes it super adorable..



 
officially aku nak jadi budak tadika kat seoul



 kostum halloween budak-budak ni cute sangat!


yang ni baru group yang pertama yang kami jumpa.. kat dalam tu ya amponnnnn.. maybe seluruh Tadika Kemas Seoul berkampung dalam Everland tu kot hahahaha.. masing-masing ada uniform sendiri so senang la cikgu-cikgu nak kenalpasti anak buah masing-masing.. kot-kot ada budak yang tersesat, bole gak orang ramai tolong carik group dengan uniform yang sama.

we spent so much time taking pictures and more pictures sebab cantik wehh! tak sempat nak main apa-apa pun perut dah menyanyi.. so kami pun mencari tempat piknik yang telah ditetapkan and we chose to sit facing the rose garden. ok masa ni seriously tak nampak sangat pun bunga-bunga ni.. sebab maybe matahari terik sangat so mata aku silau.. or maybe aku kelaparan so benda lain dah tak nampak dah hohoho.



kecik-kecik dah pandai berdikari



pas habis melantak  menjamah roti gardenia, sambal ikan bilis, nasi goreng instant, kari instant, kurma ayam instant.. pendek kata semua instant lah sebab kita just panaskan pack makanan pak brahim ni ke dalam microwave kat hotel sebelum berangkat tadi dan tunggu beberapa minit.. bila microwave dah berbunyi "tenggg" letakkan bungkusan tersebut ke dalam container dan kita dah boleh jalan dengan hati yang gumbira.

ok pas makan, pegi la ke taman rose tadi.. oowww baru la jelas kelihatan taman ni. banyakkkk bunga! kalau mak aku tengok ni, aku pasti ada percubaan untuk menculik bunga tu ke dalam beg.

dalam everland ni, kami sempat main beberapa game je. apa tak, masa habis untuk bergambar saja noks! nasib baik gak kami pegi weekdays so queue untuk main game adalah bole dikompromi. dalam pukul 4pm gitu, kami tengok ramai manusia duduk di tepi-tepi jalan seolah-olah memberi laluan kepada sesuatu yang besarr... kami pun membuta tuli ikut haha.. tak lama pas tu keluar la parade characters kartun yang kiut-kiut, ada orang menari-nari.. ehh menarik gak weh. aku pulak yang terkinja-kinja melambai tangan kat patung-patung tu. 

habis je parade yang agak panjang itu, kami sambung main.. hari semakin gelap. seriously aku dah kesejukan.. aku ada bekal jaket yang agak tebal tapi aku tinggalkan kat locker je tadi. dah la locker jauh.. nak tanak tahan je la huhu.. masa second parade malam tu, aku dah dok diam sebab rasa nak kejung dah badan aku. nak buat apa pun dah takde mood sehh. kami tak tunggu persembahan tu habis [which i think was very interesting coz ada mamat hensem haha] tapi sorry dude.. ko buat pole dancing depan aku pun aku tak layan dah. yang penting adelah mencari heater!! dalam mencari-cari tempat untuk memanaskan badan tu.. dorang ajak main naik bot la pulakkkkk.. yang ni tak bole dilepaskan, sebab aku suka game yang melibatkan air [dalam hati berharap dalam building tu ada heater].. shiok juga bahh! haha.. 

tak lama pastu, kami pun balik la.. nak cari jalan keluar satu hal la pulakkk. sesat beb! *_*  masa ni aku dah takleh berfikir.. mungkin otak aku dah sama-sama beku. last-last yang aku tahu, aku dah dalam bas yang hangat dan selesa..

but not for so long! driver ni mabuk kot.. drive break drive break. sialan. aku mabuk darat pulak.. cari-cari plastik beg kat dalam beg takde pulak. isi perut aku dah nak keluar nihhhh.. nanges. sedaya upaya aku tahan supaya tak muntah. naya jek.. ada sekali tu muntah dah keluar ke mulut wehh, tapi aku telan balik. tragiss T_T  nasib bait tak banyak.

i miss Everland so much *sobsob* i missed it that even some of my pics also missing from the drive huwaaa! gambar kat Mount Sorak langsung takde dah. haruslahh aku melancarkan misi bantuan gambar dari comrades 4 orang yang lain tu.

Wednesday, November 9, 2011

i sold my soul to seoul II

aku tensi dehh... kenapa yaa ada beberapa gambar ku yang corrupted? iyaa bukan kena rasuah dehh, tapi unreadable gitu. haiyaaaa..



DAY 2 OF SEOUL
DESTINATION : NAMI ISLAND





kiranya tempat ni memang lokasi wajib pelancong malaysia lah.. jalan sikit, jumpa orang malaysia, jalan lagi jumpa lagi.. kalau tak kerana cuaca yang sejuk ni, memang tak terasa langsung diri kini di perantauan.. rasa macam kat cameron highland je. eh tak.

kami keluar dari namsan 3 guest house kira-kira pukul 8.30am.. bole je nak keluar awal coz kami memang dah bersiap-siap awal tapi before tu nak kena bahagi duit la pulakkkk. malam tadi tak larat aku nak buat kira-kira, dahla cuaca sejuk haruslah sedap tido kan huhu..

pas habis bahagi duit, misi pertama adalah mencarik kad ajaib iaitu T-MONEY.. mula-mula singgah Family Mart yang sekangkang kera dari GH tu tapi ajumma tu cakap dah abis.. then lalu jek GS25 sebab takde tengok pun sticker T-Money kat depan so assume takde je la, lastly terpaksa la masuk 7E kot-kot la ada kan... nasib baik ada. kami pun pilih-pilih la T-Money yang ada situ.. aku beli yang berharga 8k won, bentuk bulat hitam simple je. pastu, setiap kad tu aku mintak top-up 20k won.. kalau tak silap aku mamat tu tanya "recharge?" aku cakap yes je.. keluar dari 7E semua bagi muka gembira sebab dah dapat kad ajaib hehe..

pastu jalan sikit menuju exit 3 sebab nak guna subway dari Myeongdong station. just tap sekali masa masuk station ni dan then tap keluar kat station Gapyeong. idok pulak aku kira berapa charge nya, tapi murah saja la. kalau tak silap aku 1,800 won je.



perjalanan menggunakan subway dari Myeongdong to Gapyeong ( bulatan biru )



kami sampai kat station Gapyeong pukul 11am so masa perjalanan adalah hampir 2 jam gitu sebab banyak kali sesat masa nak transfer line sebab kena transfer kat 3 station yakni kat Dongdaemun, Hoegi dan Sangbong ( aku bulatkan dengan warna merah ).

sampai je Gapyeong station, ada 2 option nak gi ferry terminal untuk gi Nami Island.. nak naik bas atau taxi. kalau tak salah ingatan aku, tambang taxi adelah 3,000 won tapi kami ni berlima so kena amik 2 buah. last-last naik bas je la. tambang bas adelah kurang pasti kerana guna T-Money jugak.. tak dan aku nak kira huhu tapi menurut laman sesawang lain, tambang bas adalah 1,000 won.. kamsahamnida.


bangunan itu adelah Gapyeong Station.. kalau nak naik bas pegi Namiseom, just across the road. aku amik gambar ni dari bas stop tu la.. kalau nak pakai teksi, sila beratur kat tempat kereta banyak-banyak tu.



kalau tak pasti kat mana tempat ferry terminal ni, just follow the crowd hehe.. seriously. sebelum keluar dari bas tu sila tap t-money sekali lagi okeh.

dari bus stop nak gi ferry terminal ni jauh gak la.. kira-kira 8 minit jalan kaki lenggang kangkung sempat singgah beli buah limau tepi jalan pastu beratur la untuk membeli tiket.


aku : oh saram
agasshi : fiver? (sambil angkat tangan ala-ala nak beri high 5)
aku : yes yes
agasshi : forty thousand won.. tengkiu
aku : tengkiu


nak menuju ke Nami Island ni pulak ada 2 cara.. satu normal, satu lagi tak normal..

yang normal tu naik ferry tu la.

yang tak normal nya naik tower yang tinggi pastu pegi island macam flying fox tu.. macam best gile. tapi bila fikirkan kos dan cuaca yang sejuk ohh tak rela aku kena tiup angin lagi maka kami guna cara normal sahaja. sekejap je pun, 10 minit je kot.. tapi dalam feri memang ramai manusia..



 tengok... berduyun-duyun kan manusia?



sampai je kat pulau terus buat vandalism kauuuu.. conteng-conteng nama kat papan situ. kata nak jadi korean kan.. maka kita harus mencontohi teladan mereka hohoho.



 wanted : 1.8 billion won ( ntahh le berapa dalam ringgit )



kat sini memang cantikkkkk... cakap banyak pun tak guna. sila la pegi tengok dengan mata sendiri.. make sure pegi masa musim luruh especially hujung bulan oktober to early november coz masa ni banyak daun dah bertukar warna. nak piknik bawah pokok pun syiokk.. tapi kami tak piknik pun huhu..

makan kat restoran yang ada cop halal situ yang bernama Jeonga Jiga.. share makan kimchi pajeon (lempeng kimchi) dan nasi kimchi yang kena kocak-kocak dalam tin tu. nasib baik gak makan kongsi, kalau tak.. memang tak abis aku makan coz macam tak masuk pulak rasanya.. takpe, ini adalah percubaan yang pertama.






nak datang sini kalau boleh datang awal sikit okehhh.. rasa tak puas pulak berjalan kat sini coz pulau ni besar. pastu sikit-sikit bergambar, sikit-sikit belek daun.. memanglah amik masa nokss! oleh kerna masa tak cukup, kami amik route yang agak pendek T_T  takpe la, next time kita jalan puas-puas kat sini. eh ada next time? hahaha..



aku nak jugak jadi budak sekolah di seoul T_T  selalu jek jumpa rombongan budak-budak.. sebahagian daripada kegiatan ko-kurikulum dorang kot?



naik feri balik pukul 3.30pm gitu.. walaupun baru pukul 3 petang tapi dah agak menuju ke arah kegelapan..

masa nak carik bas pegi Gapyeong station ni gelabah sikitt.. masing-masing tak ingat nombor bas ke, rupa bas ke.. last-last tanya setiap driver bas yang berhenti kat bus stop tu "Gapyeong yok?"  kalau dia angguk tu naik la.. nasib baik ada bas. sebelum tu kami dah beratur nak amik teksi dah oii hahhaha..tunggu je kat bus stop tu tauu.. sebab bas tu bukan patah balik ikut jalan tadi.

dalam train mata mengantuk ya amatt.. tak sedar betul badan dah penat gila. lapar satu hal lagik. tapi perjuangan harus diteruskan..

Tuesday, November 8, 2011

continuation of DAY 2

dari Nami Island tadi.. kami naik train dari Gapyeong, then beberapa kali transfer line subway menuju Chungmuro station.

sampai Chungmuro station keluar ikut exit # 2, cari bas nombor 02 atau 05 yang pergi ke N Seoul Tower.. senang gak nak kenal bas ni sebab comelllll sangat. its an electric bus so senyap je bunyi enjin even masa naik bukit tu.



 ni la bas yang comel tu.. dari jauhhh dah dapat cam bas ni so takde isu tak tau bas yang naik Namsan.



masa sampai bukit ni jam baru je pukul 6pm tapi gelap dahh.. dah la gelap, memang sejukkk semacam je, sampai ke tulang. bayangkan dengan penat yang amat, perut lapar, sejuk menggigil... agak-agak korang sanggup tak jalan kaki daki bukit lagik?

orang tua cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. memang betul peribahasa tersebut. jalan sikit-sikit sampai jugak kat area tower tu sebab bas tak naik sampai atas.. dia naik separuh jalan je. again, kalau tak sure kat mana nak turun bas, just follow the crowd.. nescaya anda tidak akan menyesal. tapi kat situ memang last stop bus nye pun..



 macik aku cakap macam menara kl huhu



aku tak ambil banyak gambar kat sini.. sebab bateri asyik kong je. dah la sejuk nak mamp, isskkk benci betul aku nak tukar-tukar bateri ni..



kalau sampai awal sikit, kompem dapat view sunset yang cantik sikit..



macam yang aku kata tadi la, gambar tak banyak kat sini.. tapi walaupun sejuk, banyak gak manusia yang datang sini. kalau boleh, datang lah awal sikit coz view masa naik bukit menuju tower ni pun cantik gak dengan pokok kaler-kaler.. tapi masa kami sampai tu dah agak gelap so.. pokok hitam le jawabnya hehe.

sila beli souvenir kat sini jugak. di samping dapat memanaskan badan anda, harga souvenir yang terdapat di sini juga agak berpatutan. tapi barang-barang chap N Seoul Tower je la kann..

aku rembat fridge magnet yang berharga 1,000 won sepapan ( 3 ketul nipis ), 2 keping poscard ( of course la gambar tower ) dan pen yang berharga 2,500 won sepasang ( ada 2 batang satu pek, yang penting ada cop N seoul tower gak huhu )



 ni la fridge magnet yang aku beli.. bentuk dah sama macam kad atm dah, tapi kecik sikit la


ok sekarang perut meronta-ronta minta diisi... setelah berdiskusi, mengambil kira faktor masa, lokasi dan kapasiti angin dalam perut, maka kami pon sepakat.. turun bukit untuk naik bas semula menuju Chungmuro station dan kemudian amik subway menuju Hohyeon station untuk mencari kebab yang populer itu..

ahh did i tell you that we totally left our complete itinerary back home? i mean MALAYSIA. memang malang sungguh.. penat haku lepak CC malam before depart tu then bayar mahal pulak nak print.. ciss. so that's why kitaorang macam lost sikit bab nak carik exit, location segala. nasib baik la aku pandaiiii sangat.

so dalam misi mencari kebab ni.. aku tau kedai tu tepi jalan je in between two exits at Hohyeon station.. masalah nye which exit? kakakakakka.. kitaorang redah je keluar exit 5. jalan punya jalan, rasa macam takde so patah balik menuju the other end. huhu nasib baik jumpa yo! and nasib baik gak kedai tu masih bukak! kalo takkkk.. nangess. masa tu dah terlampau penat + sejuk + lapar kalau cristiano ronaldo tegur aku pon aku akan angkat tangan je [sempat jugak hohoho ].

oleh kerna cuaca yang sejuk, makanya saya pun oder la kebab ciken yang spicy. amik feel cuaca sejuk la konon.. sekali kauu, pedas siot. sampai aku takleh makan abis. dalam sejuk-sejuk tu aku berpeluh, bole? tapi adik aku selambe je bedal kebab spicy.. lidah buaya agaknya.

pas abis melantak tepi kedai pakcik kebab tu, kitaorang pun meneruskan perjalanan menuju Myeongdong sebab malam masih mude.. ehh tiba-tiba terasa tak penat dah. rupa-rupanya memang seronok jalan kat Myeongdong! sebelum ni, aku hairan gak, apa yang best sangat pasal Myeongdong? dahlah aku ni jenis tak kuasa nak bersesak-sesak, berpadat-padat camni. so bila sampai sini.. now that i know.. tak kenal maka tak cinta. ai lep yu kedai kosmetik! bila aku fikir-fikirkan, mungkin sebab cuaca sejuk so takpe la berpadat-padat.. takde peluh dan odor yang tak sesuai.

jumpa pulak orang jual dragon's beard candy.. yippi! aku beli sekotak, yang lain-lain skeptikal so tengok je.. satu kotak 5,000 won. seronok pulak keluar masuk kedai sini.. yela, dalam kedai hangat, best siot. beli nye tak.

kira dah sampai penghujung tu, masuk Migliore. ingat nak survey handbag or baju.. mahal gak eh, satu handbag made in korea is around 40k-70k gitu. before keluar dari situ, singgah jap kedai kecik dekat pintu masuk.. sebab aku ternampak glove 4k won.. haruslah aku beli sebab tangan dah tak tahan sejuk.

dekat je Myeongdong dengan Namsan Guest House 2..  cuma perlu merentas jalanraya je melalui laluan bawah tanah subway. tapi lagi dekat Pacifik Hotel la. tapi kalu nak lagggiii gila dekat, Sky Park Hotel la.. sebab betul-betul dalam kawasan Myeongdong.

Thursday, November 3, 2011

i sold my soul to seoul

DATE : 25 October 2011
ETD   : KL 1425
ETA   : ICN 2145 local time

seronok kooo dapat jejak kaki kat seoul, negara yang aku teringin sangat nak lawat! masa dalam flight tu pun dah rasa excited semacam, ala-ala  "oh em jii aku dalam plane on the way ke korea ke??" hahha ( mengada la sangat >____< )

anyway.. sampai je kat incheon international airport, kami bergegas ke kaunter imigresen untuk tunjuk muka kepada mereka. oleh kerna tindakan kami yang pantas, maka barisan menunggu adalah pendek sahaja. kejap je lepas imigresen.




lepas amik beg and camwhoring bergambar, teruslah keluar dari arrival hall menuju gate no 5 untuk tunggu bas 6015 ke myeongdong.. kami stay kat namsan 3 guest house so kena turun kat sejong hotel then jalan kaki menuju guesthouse tersebut. dari airport ke sejong hotel amik masa 1 jam gitu for 10,000 won ( lebih kurang RM 28 - 30)


kami naik the last bus yakni pukul 2250 tu.. insyaallah bas memang menepati masa

cuaca tak payah cakap laa.. keluar je dari pintu airport, memang la rasa seronok merasa dingin angin sepoi-sepoi bahasa tapi pastu merasa la ko sakit hidung sakit kepala sebab sejuk sangat.. nak-nak pulak bila kena jalan kaki lebih kurang 200meter dari bus stop Sejong Hotel untuk sampai ke guest house tu.

sampai guest house dekat tengah malam gak la.. lepas cek in, kami pegi level B1 yakni pantry room untuk mengisi perut yang kesejukan serta online untuk membuat posting "aku kat korea dah oiii"  "dah selamat tiba di namsan 3" -___-

Wednesday, November 2, 2011

holiday mood is still ON

aku nak post pasal trip aku yang lalu tapi gambar masih dalam memory card, soo.. next time je la aku tulis okeh.

penat belum habis lagik.. sebagai buktinya, aku terlewat turun kerja pagi tadi. gile ko pukul 9am baru sedar dari tidur. demmm u telefon pinjam, alarm tanak berbunyi!! huhu.. nasib la ofis dekat je. lepas calit-calit bijik mata mandi burung and minum kopi sikit, teruslah aku menuju ke destinasi.

nasib la ofis aku ni takde big bos.. kalo tak, merasa gak aku pegi kerja tak mandi hoho..