Thursday, January 26, 2012

krok krekk

semenjak dua menjak zaman berzaman ni, aku perasan lutut aku sudah pandai bersuara.. ya. seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia semakin tua.. ( dia hokeh, bukan aku hohoho... dasar tak sedar diri)

maka nya bentar tadi gwe menggugel perihal masalah berkenaan.. aku mendapati bahawa bahan kimia yang bertajuk "glucosamine" mungkin boleh membantu.

haruslah aku melawat shopping mall kegemaran aku yakni guardian selepas ini.. hoyea!








hoyea pale hotak mu.. mahal jugak harga untuk kesihatan diri ye T_T
harap-harap ada sale.. bole beli lipbalm, lotion, shampoo ketombe sekali harung..

Wednesday, January 18, 2012





semalam macam smoooootthh jek aku klik-klik kat website airasia. biasanya kalau ada sale atau offer, banyak gak la cawan kopi yang dihidangkan, ataupun sang tebuan datang menemani.. memanjang jek masuk waiting room.

tapi semalam... aahh! airasia mainkan perasaan aku lagi, aku tertipu untuk kesekian kalinya. sampai bila love-hate relationship kita ini akan bertahan?





perlu plan kontinjensi nih *pengsan*

Monday, January 16, 2012

i sold my soul to seoul IV

DAY 4 OF SEOUL
DESTINATION : MOUNT SORAK! yeaa semua bersorak!! ^__^


oleh kerna lokasi Mount Sorak ni di luar kawasan kota metropolitan Seoul, maka kita diwajibkan untuk bangun awal pagi dan bergerak awal supaya ada masa yang mencukupi untuk berpoya-poya sakan di sana..

perjalanan dimulakan dengan menaiki subway Myeongdong - Gangbyeong.. sampai Gangbyeong tu, keluar ikut exit menuju ke Dong Seoul Bus Terminal. just across the road kemudian pergi ke pintu depan berkaca belah kiri tu ye..

hari tu kami beli tiket kat booth deretan belah kanan. kebetulan ada pakcik berpakaian smart yang approach tanya nak gi mana.. so dia bawak gi satu booth ni dan tolong purchase tiket ke Sokcho. one way trip costs 16,100 won per person..

kami sampai situ kira-kira pukul 8 gitu.. tengok tiket bas, alahaiii nak kena tunggu sampai pukul 9 am la pulak. kat situ tak ade apa la sangat, just kedai-kedai kecik jual snacks. kat sini jumpa choco bee [ sukati aku nak mengeja kann hahaha ] alaaa snack kegemaran shin chan tu. rasa excited sampai nak beli buat souvenir konon.. last-last tak beli pun.. nyesal!



gambar pocik gugel tolong carik sebab aku tak amik pun gambar ni kat kedai.. takut macik tu marah aku kangg



apa yang aku suka sangat tentang pekerja kat stesen bas Seoul ni... dorang berpakaian smart gile macam pegawai bank rakyat dengan pakai kot, ada yang pakai tali leher sekali.. cakap pun sopan. saspek betul aku dengan dorang. sebelum bertolak tu, nanti dia akan suruh pasang tali keledar dulu... huhu. ko ada?!

Monday, January 9, 2012

Monday, January 2, 2012

Selamat Menyambut Kalendar Baru 2012!

dah masuk hari ke-2 le gamaknya huhu..

macam biasa, aku rasa takde maknenye nak sambut-sambut tahun baru bagaii.. tetap jugak aku dapat kalendar baru kan.

so on the 1st day of the year.. bangun agak awal jugak la [nak nangesss.. macam tak cukup tido tapi terpaksa jugak bangun] then pegi pasar minggu dengan big bos 2.. nak carik ubi kayu katanya. tapi ubi tak jumpa. dah sampai rumah tu, eh rasa tak percaya seat belakang penuh dengan barang yang takde dalam list. hee macam la tak biasa kann kalo soping dengan mak.

ari ni jugak aku kena serang askar jepun.. syabashh inspekter sahab! ni kira dah out of track dah ni. but yeah, luckily kena masa hari cuti camni. coz kalo 1st day je energy drained much faster than usual, pastu biasalah.. senggugut. rasa nak pitam. so petang tu aku terlelap atas sofa depan tv.. tapi kan aku dengar orang tua dulu cakap tak bole tido siang pada tahun baru... huhu maafkan saya nek. tapi tahun baru islam saya tak tido.. aci kan?

tahun ni malas la aku nak berazam-azam ni.. execute nye tak. its just i pray that this year, 2012, will bring lotsa good news for me.. harapnya semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.. aaminn.

have a good year ahead!