dont know why i want to paste this article.. seronok gak baca. kredit untuk penulis blog..
you can find it here --->
http://militaryofmalaysia.net/2013/01/black-ops-operasi-sabah-selamanya/#more-1579
Gambar dari sahabat saya, juruforo Paskal iaitu Falihin, dari Dinding Straits Photography
NOTA PENULIS : Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk
saudara-saudara kita di Sabah yang sedang hebat diracun dengan
perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan
pasukan komando kita yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yang tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh saya, Shahpaskal (Google tak akan jumpa punya, hehehe).
Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen-elemen untuk
menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam
internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang-petualang ini
masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras-kerasnya
terhadapa elemen ini.
Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca-punca kepada suara-suara hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.
1. Apabila
Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun
1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan
musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya
terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang
lain.
2. Tidak ada negara dalam dunia yang akan kekal aman apabila
kaum-kaum minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum
majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.
3.
Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yang sama,
negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil
berkongsi jurai keturunan yang sama – itulah kata mereka (Sri Langka
kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)
4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yang dikenali sebagai orang
Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.
5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang-orang
Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk
“survival” bangsa, budaya dan agama.
6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan
Filiphina dan
MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.
7. Berbalik kepada
Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yang mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah,
Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri-negeri jiran yang berada di bawah naungan
British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu
MALAYSIA.
8. Minat
Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yang mahu memasuki
Malaysia seolah-olah tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti
Filiphina dan
Indonesia.
9.
Sarawak, Sabah dan Brunei yang berada jauh dari kuasa pusat iaitu
Kuala Lumpur seharusnya berada di bawah
Indonesia ataupun
Filiphina.
10.Sekarang dunia menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru,
Filiphina dan
Indonesia yang merupakan
“key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa
Malaysia ini merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.
11.
Indonesia yang mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan
konfrontasi.
12.
Konfrontasi perang yang kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi
Sarawak dan
Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang-orang Melayu sendiri di
Semenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung
Indonesia ke
Labis,
Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Melayu ketika itu.
13.Askar-askar Melayu yang sedang berkhidmat di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di
Kongo,
Afrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.
14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar
Melayu dan pasukan tentera
British,
Australia yang berada di
Sarawak dan
Sabah
tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari
serangan Indonesia yang ketika itu merupakan satu kuasa yang cukup besar
di
Asia Tenggara.
15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar-askar
Melayu ini berjaya menghalau kebanyakkan tentera
Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia mengiktiraf kejayaan
askar-askar Melayu ini menewaskan
Indonesia.
16.
Presiden Soekarno akhirnya diguling dan
Indonesia
kemudian bergolak pada peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di
antara mereka, jutaan rakyat pro komunis kemudian diburu dan
disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang pro kepada
ABRI.
SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA
17.
Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.
18.Kini
Filiphina mencuba nasib, apabila
Indonesia melancarkan perang,
Filiphina tidak
mengangkat muncung senjatanya ke arah
Malaysia,
Filiphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.
19.Menjelang hujung 60an, askar-askar Inggeris yang berada di
Sarawak dan
Sabah juga sudah beransur kurang dan negara baru
Malaysia pula sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan
Kalimantan.
20.
Filiphina tahu bahawa sejarah
Sabah mempunyai kaitan dengan
Kesultanan Sulu.
21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yang berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu
Ferdinand Marcos.
22.Beliau mahu mendapatkan
Sabah yang kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan
kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.
23.Dengan mengambil kira kelemahan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan
Kuala Lumpur yang agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yang paling rahsia dalam sejarah
Filiphina.
Saya
di seat paling belakang semasa mendengar taklimat dari Pengerusi MILF
Murad Ibrahim di PWTC baru-baru ini, sempat juga saya jumpa beliau dan
tanya-tanya sikit soalan pasal Operasi Merdeka
Pengerusi MILF Murad Ibrahim (gambar ehsan dari Google)
OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS
24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai
“OPERASI MERDEKA”.
25.
Marcos kemudian memujuk seramai
300 pemuda dari anak bangsa
Melayu Moro untuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas-tugas sabotaj serta clandestine di
Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat
Sabah ke atas kerajaan persekutuan di
Kuala Lumpur.
26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di
Pulau Corregidor, Filiphina dan
Marcos menyangka para anak bangsa
Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah-kisah dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di
Sabah.
27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas
Malaysia serta kegemilangan bangsa
Melayu Moro jika
Sabah berjaya ditawan.
28.Sehinggalah pada satu malam…………
29.Segalanya terjadi dengan izin
Allah, yang
mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api
kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk
membantu banyak bangsa dan umat Islam yang teranianya dari
Bosnia sampailah ke
Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah-tanah milik
Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi (kisahnya saya akan tulis pada masa hadapan
, Insya Allah).
30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena
apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yang ditimpakan
oleh para saudara mereka di
Sabah, khususnya
Malaysia ke atas orang-orang
Melayu Moro ini.
31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara-saudara Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu
Malaysia.
32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing-masing di
Mindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander
Filiphina mereka.
33.Pasukan komando dan tentera
Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru-peluru tidak bermata ini menembusi tubuh-tubuh pejuang bangsa
Moro tadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.
34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yang
tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari
para pejuang yang tidak putus-putus menyebut kalimah
“La Ilah Ha Il Allah” di saat-saat menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yang sedang nazak untuk ditarik
Malaikat Maut.
35.Akhirnya
299 pejuang yang berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yang dikenali
sebagai
“Pembunuhan beramai-ramai Jabidah” yang berlaku pada tahun
1968.
Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???
36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu
menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang
dari mangsa pembunuhan berama-ramai ini berjaya menyelamatkan diri dalam
keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.
37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang-orang tua, para ustaz dan ulamak bangsa
Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai
299 pejuang mereka yang ditipu oleh tentera
Marcos.
38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan
Melayu Moro bangkit dengan sejata dan
pada zaman itu,
Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yang dirahsiakan di
Malaysia.
39.
MNLF kemudian diganti dengan
Moro National Liberation Front (MILF).
MALAYSIA STRIKES BACK
40.Tahun
1981,
Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan
Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.
41.
Tun tahu bahawa para pejuang
Moro ini sudah lama meminta bantuan
Malaysia dan
Tun tahu, Tun
Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan para pejuang
Moro ini.
42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk
mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali
kepada saudara-saudara mereka yang berada dalam
Malaysia ini.
43.Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan
Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara
Kuala Lumpur dengan
Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.
44.Rakyat tidak ramai yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali
merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri,
negara sendiri dan angkatan tentera kita.
45.Di bawah
Mahathir, hubungan kerajaan
Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang
Moro dan pada malam dingin, bot-bot laju milik
komando Malaysia
bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan
bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada
saudara-saudara mereka di
Mindanao dan pulau-pulau di sekitarnya.
46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke
Semenanjung Malaysia untuk dilatih di kem-kem rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yang baru sahaja membantu
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.
47.Ya saudara-saudara,
Amerika Syarikat (AS),
Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi
Malaysia, kita menjadi satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.
48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah
dan ibu tidak tahu ke mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota
tentera.
49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur
di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran
bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak-anak yang
bakal kehilangan suami serta bapa-bapa mereka dengan alasan yang mampu
diterima akal.
50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yang teranianya harus dibantu.
51.
Tun juga tahu dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang
Islam Melayu Moro ini, bahawa
Filiphina masih mahu menuntut
Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yang kukuh untuk mendapatkan
Sabah hasil dokumentasi yang diperolehi apabila kesultanan
Sulu berjanji dengan
Syarikat Hindia Timur dulu.
OPERASI SABAH SELAMANYA
52.
Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander
komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat
negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak
besar kepada penubuhan
Malaysia.
51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai
Sabah dari
Kesultanan Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai
OPERASI SABAH SELAMANYA
Agak-agaknya macam inilah tujuh komando tu buat operasi (gambar ehsan dari para kroni saya di forum Panggilan Pertiwi)
Tujuh
lelaki Melayu yang paling berani…(gambar hiasan je, gambar dari sahabat
saya Falihin, Dinding Straits Photography, member punya pasal, kenalah
letak kredit)
52.Operatif-operatif dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di
Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar
AS, dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam
Istana Presiden iaitu Istana Malacanang,
Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.
53.Sekarang
Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
54.Maka pasukan komando menghantar
7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke
Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam
model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di
Pahang.
55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang
Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.
56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya
, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.
57.Para
komando Malaysia itu terperangkap.
58.
Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan
komando dan para
pengawal Istana Presiden.
59.Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku,
trafik dari saluran keselamatan tentera
Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.
60.Pihak perisikan
ATM yang memantau saluran radio tentera
Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada
tujuh lelaki Melayu tadi.
61.Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing
360 darjah apabila para
komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.
62.Masa hadapan negara kita benar-benar
“TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.
63.Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.
64.Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin
Allah
juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa
pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan
Malaysia.
65.Sebelas orang yang terdiri dari
pengawal Istana Presiden dan
komando Filiphina terkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun
1980an itu.
SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR
66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar
disambut secara kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak
tentera dan Perdana Menteri.
67.
Filiphina berterusan menuntut
Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok,
kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan
perang sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian
hari.
68.
Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik
Filiphina iaitu
Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke
AS.
69.Presiden yang kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada
28 September 1989 di
Hawai, AS.
70.Segalanya hampir selesai, kini masalah
Sabah sudah diselesaikan dan
Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang
Islam Moro Filiphina.
71.
Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak
pernah melupakan penderitaan saudara-saudara mereka di Mindanao, usaha
damai dirintis malahan, kerajaan
Malaysia tidak lokek untuk menghantar askar-askar ke
Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari
PBB.
72.Perdana Menteri kita
Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan
Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan
Filiphina untuk mengukir damai.
73.Sudah terlalu lama, umat
Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan
Sepanyol, kemudian
AS
dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang
menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai.
Najib dan Presiden Filiphina tersenyum selepas melihat perjanjian damai Manila antara MILF dan kerajaan Filiphina
74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin
Melayu Malaysia, kedua-dua pihak yang sudah bertelagah lebih dari
30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yang akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.
75.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama
Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada
15 Okt 2012 di
Manila.
76.
Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yang telah dibunuh oleh Marcos yang saya ceritakan pada para ke
66 tadi.
77.
Najib tersenyum kesyukuran kerana bantuan yang mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang
Moro membentuk
MNLF di bumi
Malaysia akhirnya terhasil.
78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah
BANGSAMORO.
79.Akhirnya ayat ini, mailah kita sedekahkan
Al Fatihah kepada
299 pejuang Islam Moro yang syahid itu tadi serta kepada
tujuh komando kita itu.
NOTA PENULIS : UNTUK MEMBACA TENTANG PENGALAMAN SAYA MELAWAT PARA PEJUANG BANGSA MORO INI, SILA LAH KLIK KAT SINI
UNTUK MEMBACA SIRI SIRI BLACK OPS BLOG SAYA, MAI LE KLIK KAT SINI DAN KALAU NAK TAU BLACK OPS GGK DI BOSNIA, MEH KLIK SINI HEHEHE…