Monday, November 14, 2011

i sold my soul to seoul III

DAY 3 OF SEOUL
DESTINATION : EVERLAND!


hari ni semangat noks! awal bangun ( pukul 630am je pun hehe ) pas siap-siap, gi breakfast pastu zassss naik subway untuk menuju ke Gangnam station.. apa yang ada di sana? ya tuan-tuan dan puan-puan.. kami ingin menaiki bas yang menuju ke Everland, dengan itu kita harus ambil subway ke Gangnam ye.



dari website everland.. nombor 6 tu maksudnya keluar ikut exit #6 lah



sampai Gangnam station, keluar exit #6 dan jalan terus je tanpa berpaling ke kiri dan kanan.. akan lalu Giordano dan tak lama selepas tu, jumpa la Krispy Kreme Doughnut, berbaris kat bus stop depan kedai tu.



  iklan yang terdapat kat exit Gangnam Station tu.. muka biasa-biasa pun bole jadi cam artis tau!



masa kami sampai situ, nasib baik Q tak panjang.. dengan suhu yang sejuk-sejuk gedik, itulah pestime aku rasa best je berbaris tepi jalanraya tunggu bas..



ni billboard yang kat building depan bus stop ni.. memang strategik okeh.. boleh cek index stock market, weather for the day ( 7 degrees woii.. tapi tak rasa sejuk sangat pun, maybe sebab matahari terik )




bas penuh dengan korean je aku tengok.. sampai berdiri dari belakang sampai depan.. tadi aku cakap kitaorg Q agak kedepan kan? so dapat la seat yang best sikit. naik bas ni pun senang je, just tap your T-Money and you're set to go! hhehe.. perjalanan amik masa kira-kira 45 minit gitu.. aku tengok Everland ni kat area bukit-bukit jugak la, jauh dari bandar.



ni tempat bas Gangnam tadi berenti.. bas-bas yang kat belakang tu charter bus kot, tak tau la. so bila nak balik nanti, carik tempat parking bas 5002.. cek papan hijau putih kat tiang berbumbung tu.



ni kat depan bas parking tadi.. tempat duduk sementara menunggu bas datang.



red and green.. i loikee!



pas turun dari bas, kena jalan kaki lagi kira-kira 100 meter gitu untuk amik free shuttle bus, then bus ni akan bawa anda ke pintu depan Everland.. again, just follow the crowd! ^___^



 free shuttle bus yang akan menghantar anda ke alam keajaiban.. gitu  >____<



memandangkan aku tak pernah pegi Lotte World, so tak tau nak compare camne.. tapi Everland memang cantikkk!!!!! plus the lovely weather makes it super adorable..



 
officially aku nak jadi budak tadika kat seoul



 kostum halloween budak-budak ni cute sangat!


yang ni baru group yang pertama yang kami jumpa.. kat dalam tu ya amponnnnn.. maybe seluruh Tadika Kemas Seoul berkampung dalam Everland tu kot hahahaha.. masing-masing ada uniform sendiri so senang la cikgu-cikgu nak kenalpasti anak buah masing-masing.. kot-kot ada budak yang tersesat, bole gak orang ramai tolong carik group dengan uniform yang sama.

we spent so much time taking pictures and more pictures sebab cantik wehh! tak sempat nak main apa-apa pun perut dah menyanyi.. so kami pun mencari tempat piknik yang telah ditetapkan and we chose to sit facing the rose garden. ok masa ni seriously tak nampak sangat pun bunga-bunga ni.. sebab maybe matahari terik sangat so mata aku silau.. or maybe aku kelaparan so benda lain dah tak nampak dah hohoho.



kecik-kecik dah pandai berdikari



pas habis melantak  menjamah roti gardenia, sambal ikan bilis, nasi goreng instant, kari instant, kurma ayam instant.. pendek kata semua instant lah sebab kita just panaskan pack makanan pak brahim ni ke dalam microwave kat hotel sebelum berangkat tadi dan tunggu beberapa minit.. bila microwave dah berbunyi "tenggg" letakkan bungkusan tersebut ke dalam container dan kita dah boleh jalan dengan hati yang gumbira.

ok pas makan, pegi la ke taman rose tadi.. oowww baru la jelas kelihatan taman ni. banyakkkk bunga! kalau mak aku tengok ni, aku pasti ada percubaan untuk menculik bunga tu ke dalam beg.

dalam everland ni, kami sempat main beberapa game je. apa tak, masa habis untuk bergambar saja noks! nasib baik gak kami pegi weekdays so queue untuk main game adalah bole dikompromi. dalam pukul 4pm gitu, kami tengok ramai manusia duduk di tepi-tepi jalan seolah-olah memberi laluan kepada sesuatu yang besarr... kami pun membuta tuli ikut haha.. tak lama pas tu keluar la parade characters kartun yang kiut-kiut, ada orang menari-nari.. ehh menarik gak weh. aku pulak yang terkinja-kinja melambai tangan kat patung-patung tu. 

habis je parade yang agak panjang itu, kami sambung main.. hari semakin gelap. seriously aku dah kesejukan.. aku ada bekal jaket yang agak tebal tapi aku tinggalkan kat locker je tadi. dah la locker jauh.. nak tanak tahan je la huhu.. masa second parade malam tu, aku dah dok diam sebab rasa nak kejung dah badan aku. nak buat apa pun dah takde mood sehh. kami tak tunggu persembahan tu habis [which i think was very interesting coz ada mamat hensem haha] tapi sorry dude.. ko buat pole dancing depan aku pun aku tak layan dah. yang penting adelah mencari heater!! dalam mencari-cari tempat untuk memanaskan badan tu.. dorang ajak main naik bot la pulakkkkk.. yang ni tak bole dilepaskan, sebab aku suka game yang melibatkan air [dalam hati berharap dalam building tu ada heater].. shiok juga bahh! haha.. 

tak lama pastu, kami pun balik la.. nak cari jalan keluar satu hal la pulakkk. sesat beb! *_*  masa ni aku dah takleh berfikir.. mungkin otak aku dah sama-sama beku. last-last yang aku tahu, aku dah dalam bas yang hangat dan selesa..

but not for so long! driver ni mabuk kot.. drive break drive break. sialan. aku mabuk darat pulak.. cari-cari plastik beg kat dalam beg takde pulak. isi perut aku dah nak keluar nihhhh.. nanges. sedaya upaya aku tahan supaya tak muntah. naya jek.. ada sekali tu muntah dah keluar ke mulut wehh, tapi aku telan balik. tragiss T_T  nasib bait tak banyak.

i miss Everland so much *sobsob* i missed it that even some of my pics also missing from the drive huwaaa! gambar kat Mount Sorak langsung takde dah. haruslahh aku melancarkan misi bantuan gambar dari comrades 4 orang yang lain tu.