Sunday, March 27, 2011

kenapa wehhh

anak tekak aku asyik humming lagu ni.. tak tau la apa tajuk mahupun penyanyi asalnya.

>> benarkah ini mimpii... atau hidup ini mimpi yang berpanjang..

and the other song is

>> tak ku hairan tak ku peduli... walau bulan jatuh ke bumi... dan hadir bidadari tak ku impikan lagii..

and then

>> menyesal ku akui, kau terima cinta ku..





ahhh ku pedulik apa kalo liriknya salah.. bukan aku nak nyanyi atas stage pon hohohoo.

tapi musykil dehh, aku tak penah pun dengar lagu ni tapi it keeps humming in my heart gitu..
dahla repeat line yang sama. lagu lain bole tak?

those are what my 2MP can give..



















dulu aku suka amik gambar pemandangan hokehh.. 
tapi sekarang aku dah kurangkan aktiviti yang kurang berpekdah nihh coz kualiti gambarnya kurang bagus.. mungkin sebab hp itu sudah cedera parah akibat bungee jumping yang terlalu kerap.

once a friend of mine belek-belek gambar dalam hp aku.. and he suggested me to buy a proper camera.
eloo der.. aku tau la aku ada bakat semulajadi (uhuk2) tapi aku takut hobi nih lama-lama jadi taik ayam. ehh.. macam salah jek ayat aku. ahhh persetankan. lagikpon aku adalah sangat semekin.. tengs.

skrang ni beribu-ribu lemon orang mude main dslr-ape-kejadah-suma-itu... ada yang berul-betul minat dan berbakat.. the rest aku rasa ikut trend je kot. apa-apa ponn... duit ko, bukan duit aku.

nasibla labu..

its kinda frustrating when you can't share happy moments with your loved ones..

its even worse when there's no one to talk to when you're sad.. we will feel despair and dreary inside -_-

should i wear this happy-face mask everytime? its suffocating me already!
























apo ko bondo eh jang..







aku deactivate FB sebab kadang-kadang aku menyampahhh sesangat dengan updates yang ada unsur:
  • mengada-ngada [i.e  thank you my dear for dis mabeles cake]  - padahalllllll org tu sebelah jek
  • menunjuk-nunjuk [i.e shud i trade in my bb for iphone 4? sigh]  - kekadang kesian plak kat ko.. beli dua-dua je la kann.. bole la post another status yang ala-ala tak riak tapi sebenarnya.. huhu.
  • simply boring [i.e baruk pas makan, now nak berak]  - ehh.. tanak wat press conference skali?

the best part is when your bete noire track you down and try to add you as friend? get lost please.

that's why aku bukak blog kott... coz aku ada banyak benda nak cakap but i just hate FB.

tapi kekadang aku masuk balik gak FB tu, just nak update diri sendiri terhadap perkembangan semasa ahlil keluarga.. or nak tengok gambar-gambar latest function.. tu je la.

maybe someday aku bukak balik la FB tuh.. someday..eonjengan.

Wednesday, March 23, 2011

clash of the titans?!



tapi 16 & 17 April aku ada kursus.. and the organizer said kursus tetap berjalan seperti biasa?
[ cehh macam la aku dapat ngundi hoho.. tapi penting wehh! orang lain pun nak ngundi gak.. ia adalah hak semua warganegara malaysia yang berdaftar ]

ni dah kira menghalang rakyat gi mengundi la kan. patutkah kita saman mereka hahahaha...

Monday, March 21, 2011

pesta pun bermula!!

www.thestar.com.my 







tapi ku kechewa dehhh.....













coz aku mendaftar last Januari  >_<



Saturday, March 12, 2011

okuk sina bidayuh..

A : oni abar? [ apa khabar]
B : paguh.. oni nai? [ bagus.. buat apa? ]

A : doik nai oni-oni.. muk mok man? [ takda buat apa-apa.. kamu dah makan? ]
B : moh.. [ dah..]

A : okuk pilai tih.. yak man diok [ saya lapar lah.. mau makan dulu ]
B : okuk yak bo'os tie... [ saya nak tido tadi.. ]



yes - yoh
no - idoh
don't know - dik puan/ doik puan
jalan - ponu
rumah - boli
cakap - sina
cerita itu - sita noh
maok sik? - la'an muk yeh?
tengoklah nanti - ningak wat ae
nanti saya tengok - tiak kuk ningak


  1.  nik
  2.  duoh
  3.  taluh
  4.  pat
  5.  limoh
  6.  nuom
  7.  juk
  8.  moih
  9.  pli'i
  10.  smo'ong
e.g    3 buah rumah - taluh buah boli









*sigh*















love surely got something to do with this craziness...

Wednesday, March 9, 2011

kerana kau...




kedai 1

aku : berapa satu ni?
adek manis : rm 2
mak manis : ( tadi dok berangan dapat duit banyak kot?) yee nak apa dik?
aku : berapa harga yang ni?
mak manis : rm 5 dik
adek manis : ( *blur* )



kedai 2

aku : berapa ni?
kakak sombong : rm 5



kedai 3

aku : berapa satu ni dik?
adek kecik : rm 5
mak nye : (tadi sibuk layan customer lain tiba-tiba tanya aku) adik mau yang mana?
aku : yang ni
mak nye : rm 7 satu tu dik, bole kasi murah lagi
adek kecik : ( *blur* )

erkk?? aku pon sama-sama blur.





last-last aku gi carik kedai no 1 balik... ko ingat senang nak retrace kedai dalam pasar kraftangan a.k.a pasa filipine nih?? nasib baik aku terer hoho..


Monday, March 7, 2011

macik kayoo!

sebelum aku terlupa atau buat-buat lupa, marilah menyuruh tangan saya menaip charges/harga yang telah dikenakan terhadap saya semasa berada di kk tempoh hari.
ini adalah penting buat rujukan kita bersama-sama di masa hadapan, terima kasih.

teksi
  • palace hotel - 1B = RM 30
  • town - 1B = RM 25
  • jesselton point - palace hotel = RM 12
  • town - sutera harbour = RM 12
  • sutera harbour - airport terminal 1 = RM 30

senggol-senggolan di pulau manukan
  • boat = RM 17
  • tax = RM 7.20
  • life jacket & snorkeling goggles = RM 10 each

what else...
jangan pulak korang cakap aku kena ripped off! huwaaaa...

Sunday, March 6, 2011

PACIFIC SUTERA, SUTERA HARBOUR RESORT KOTA KINABALU

sutera harbour ni terbahagi kepada 2 tau : pacific dan magellan.

jangan le tanya aku apa bezanya.. yang penting dua-dua pon best. hhee..

so i stayed 1 nite at pacific sutera golf view [ awal pagi pon dah ada orang main golf hokeh... iyee aku nampak ] kalo amik sea view lagik 100 kali ganda best punya view dow..






 bilik aku di tingkat 8.. actually leh tengok sipi-sipi pemandangan laut nun..


 sila tengok ke bawah..



zoom sket..

bilik air dia sangatlah 'amazing'.. ada tingkap dow... leh buat mesyuarat tingkap dengan cik kiah sambil berendam dalam bathtub letak orange juice tepi tingkap gitu.


gambar ni aku amik dari atas katil tepi tuh... leh nampak kan bathtub berkenaan? sapa-sapa yang bawak anak kecik yang nakal tu sila la jauhkan mereka dari tempat ini jikalau anda hendak mandi atau membuat pelaburan.

bilik air dia besar, dari pintu masuk tu mau 3-4 langkah untuk mencapai sinki di hadapan. sebelah kanan bathtub, belah kiri tempat shower.
ni antara accessories bathroom dia okeh:
shower gel, shampoo, lotion, sikat, razor, cotton bud, berus gigi n toothpaste, sanitary bag, shower cap.. ape lagik eh? and ada bathrobe okeh. sila amik dalam almari.

p/s lantai bilik mandi adelah sangat sejuk. sila pakai selipar yang disediakan.

dalam almari plak dah tersedia iron+iron board, hair dryer, peti harta karun..

pastu aku tercarik-carik la coffee and tea, takkan takde kot?? tak patot sungguh.. aku potpetpotpet pastu kawan aku bukak satu kabinet bawah meja and taraaa! baru la nampak cik kettle and kawan-kawan. maka jadi la air kopi.. maka tak jadi la aku nak kondem sutera harbour hehehe.


the only thing yang aku tak berkenan adelah tv tersebut. dahla outdated.. at least bole tak bagi clear sikit tv tu? kate hotel 5 bintang, ada astro bagai tapi nampak lalat-lalat berkeliaran dalam tv wtf??



sekarang kita berada di belakang hotel. tingkat 1 itu [ kat signboard golf club and magellan sutera tu] adelah "cafe boleh" [ eh ye ke, aku dah lupa daa ] dinner and breakfast sangatlah memuaskan hati.

tapi bole tak kalo aku kata menu dinner yang aku paling ingat adelah sagu gula melaka dan cheese cake jek sebab sangatlah mabeles ^_^ gile aah.. balik jek umah terus aku carik resipi sagu gula melaka hahaha.

for breakfast, cam biasa la menu wajib hotel - nasi lemak, macam-macam jenis bread and cornflakes sekawan.. then ada roti canai, ada 3 jenis kuah bole pilih either kari, dhal and ... tak ingat.

pastu ada sup korean apentah. pastu ada bubur nasi with lotsa condiments to choose from! ada ikan bilis goreng, bawang goreng, kicap berjenis-jenis, sayur-sayuran masin.. heaven for bubur lovers!



ni cik marina kat belakang hotel.. bangunan beratap merah tu adalah part of magellan.
best dow lepak sini... ada swimming pool, and then kalo nak mandi laut pun bole.. kuar jek dari swimming pool, sampailah anda ke pantai private tersebut. banyak minah saleh jek yang berjemur kat sini.

drebar teksi : sudah pegi ke pulau?
us: semalam sudah pegi
drebar teksi : orang sabah ndak mau bah kalau suruh pegi pulau. kalau ko tolak pun melekat dia kat situ.. takut hitam. sebab tu la kau jarang nampak orang sabah di sana.

kalo nak pegi town tapi anda adelah sangat kedekut untuk bayar rm12 kepada drebar teksi, bole la naik free shuttle bus. departs every hour starting kol 7@8am aku tak sure... tapi yang pastinya sila buat reservation sejam lebih awal sebelum berangkat ye tuan-tuan dan puan-puan... pit stop nya adelah centrepoint, wisma merdeka, yang lain tu aku tak pasti. 

aku turun kat centrepoint, and then lari-lari anak menuju ke warisan square to catch free shuttle to 1Borneo.. ehh ehh aku dah nampak bas tu sampai so aku pon menambah kelajuan larian.. tapi nyata usaha gwe gagal kerna bas udah penuh dehh. nak tunggu next bus kena tunggu sejam lagik. wth??
tak sempat dow, flight gwe petang nanti bah.. nak tanak, terpaksa la amik teksi.. rm25 kauu! for a 20min ride. nasib baik view chantek.

on the way to 1B tu, nampak tompok-tompok penjaja menjual something along the way [ jalan besar hokeh, level highway gitu ]

aku : apa yang dia jual tu pacik?
pacik teksi : ntahla
aku : bukan bubuk ka?
pacik teksi : iya mungkin juga.. ohh betul la tu. tuuu dorang tengah tangkap [ sambil menunjuk ke arah pesisir laut ]
aku : berapa sekilo tu pacik?
pacik teksi : tak tau la

adehh la pacik.. suma tak tau nih.

sampai jek kat 1B, kitorang terus gi book tiket free shuttle back to town, pastu leh la shopping dengan hati yang girang.


cantik tak?? nak lagi cantik, sila la pegi tengok dengan mata sendiri.. nak lagi best, sila amik bilik sea view. anda tak payah kluar bilik untuk menikmati keindahan tempat ni. yang pasti, semua staff terbaekk dow.. dari top management sampai ke gardener.



p/s orange juice dan segala makbapak juice adelah rm16 segelas kecik. sampai bila-bila pon aku takkan lupa. hhe..

Thursday, March 3, 2011

THE PALACE HOTEL, KOTA KINABALU SABAH

i got a chance to stay 1 night at this hotel. location wise memang agak kureng sikit lah coz jauh sikit dari town [ maksudnya di sini, kaki anda pasti sakit kalau berjalan kaki menuju ke town tapi masih doable coz aku pon jalan kaki gak ke pasar minggu hahhaha.. tak pasti la, agak-agak dalam 15minit kot. nasib jek cuaca tak panas terik so lokasi mekap adelah kekal di muka ]

tapi kalau nak gi shopping kat area karamunsing kompleks tu, dekat jek... across the non-busy highway gitu. sila pakai shortcut yang terdapat di dalam taman berhadapan dengan pintu depan hotel berkenaan. dari jauh aku tengok ada giant, old town white coffee, singapore chicken rice etc.. errr tapi aku pon tak gi tempat tu hhee...

p/s hotel ni located kat atas bukit..

kalo nak gi town, hotel ada provide free shuttle.. leh tanya kat receptionist okeh. aku tak naik, so no komen ye.





bilik nya sangat spacious, and modern-like..
gambar di atas ni aku amik dari tempat coffee and tea making [ leh refer kat gambar bawah sekali ]
kat sebelah kanan pintu masuk tu adelah almari baju, ada hanger dan juga peti keselamatan. 


same spot... tengok ke kiri sikit. yang belah upper left tu adelah cermin ye anak-anak..
[ p/s  beg berkenaan bukan hak milik saya ]
kat siling atas cermin ni dorang ada letak arah kiblat.



 
gambar kat atas ni plak aku amik dari pintu masuk.
blinds tu terpaksa diturunkan pada masa kejadian kerana panas terik yang amat sangat.
oh ya bilik aku ni mengadap town so bleh tengok kenderaan kuar masuk kawasan hotel ni.


and so sorry.. aku tak amik pon gambar lam toilet. tapi no worries, memang bersih ya amat.
ada provide towel, sabun, shampoo, dental kit segala. shower with no curtain ekk, mandi lam bilik kaca gitu..


breakfast pon banyak choices! gile aku bole lepak 2 jam kat situ [kononnye]
ada nasi lemak [ ni menu wajib hotel-hotel malaysia kot! ], mee goreng, cornflakes dan rakan2, sosej, rendang, baked beans, roti macam-macam jenis ada, bole bakar atas grill hokehh..
then aku tengok ada gak dim sum, laksa etc tapi aku tak gi amik pon coz dah kenyang banget [ nyesal tak sudah ] lain-lain tu aku pon dah tak ingat.. yang pasti halalan toyyiban.



Overall, tolak location factor, i'd give 2 thumbs up!