mula-mula rasa malas pulak nak blog pasal bandung.. sebab dah terrrrrlampau banyak kot blog pasal bandung nih. but well.. better documented it now for own reference kangg nak merepeat senang.. eh? :D
1. airport kat bandung ni super kecik.. masuk pintu tu terus jumpa 2 kaunter imigresen. serah paspot dan arrival/departure card tu.. pastu dia suruh
lepas paspot kena cop, nanti dia returnkan paspot kita beserta departure card (arrival card dia amik)..
then kalau sapa-sapa yang ada masukkan beg ke dalam kargo, bole la collect beg anda yang berada 5 langkah ke depan. 5 langkah ke depan lagi, pak kastam pulak negcek paspot dan scan beg lagi.. 5 langkah ke depan lagi, maka kaki kita suda jejak bandung uolss..
kaunter tiket teksi berdepan jek dengan pintu keluar tadi.. cakap je nak gi mana, nanti pakcik tu tulis kat resit, then kita bawak resit tu menuju segerombolan teksi yang berada di seberang jalan. kat resit tu ada tulis nombor teksi yang akan kita naik so nanti dorang akan tunjukkan teksi yang mana satu.. and then, just enjoy the 15-20 mins drive to town..
2. kitaorang stay kat Baituna Guest House, rumah no 17 Jalan Bengawan. tempat ni bukan kat tengah-tengah bandar yang sibuk, so kalau nak gi pasar, kena ada supir or call/tahan teksi.. kalau nak naik bas or angkutan pun bole tapi kena jalan kaki dalam 5minit menuju jalan besar.
tempat ni baru lagi, kalo tak silap baru bukak bulan mac yang lalu. ada free wifi, nak buat air panas or sejuk bole pegi water dispenser, nak lepak tengah malam bole duduk kat ruang rehat.. overall, aku suka tempat ni :))
3. Pasar Baru.. percaya atau tak, kitaorang pegi sini sebanyak 3 kali. ntah hapehape hahha.. tempat ni terlalu besar la, dengan crowd nya lagi, nak pilih-pilih barang lagi.. memang amik masa lah.
kalau nak makan, bole pegi food court kat tingkat atas.. pilih mana-mana kedai yang bekenan di hati. ataupun kalau nak makan kat luar, bole pegi restoran ampera, kat deretan kedai berdepan dengan PB.. tapi kena cekal hati lah masa nak nyeberang jalan tu huhu...
4. FO.. factory outlet nya terrrrrlalu banyak. i loikeeee!! tapi pastikan duit pun banyak jugak, kalo tak... tengok dan telan air liur saja la.. FO ni sama macam FOS kita jugak la. yang menariknya FO kat bandung ni dorang buat dalam building yang chantek-chantek.. for me, aku rekomen pegi Merdeka FO dulu. bangunan ni kat depan Bandung Indah Plaza a.k.a BIP (pronounce as bay-ay-pay hahaha..)
yang paling best, almost semua FO yang dilawati tu ada wifi free...
5. dalam banyak-banyak kedai kek, sempat gi Kartika Sari je.. tu pun sebab kitaorang jalan-jalan kat FO jalan dago so singgah la kejap. kitaorang masing-masing beli pelbagai jenis makanan untuk dibedal tengah malam kangg.. aku beli almond cookies, sedap juga wehh.. tapi terlalu banyak la orang kat sini, untuk first timer macam kami ni, agak payah nak pilih kek sebab tak tau jenis apa yang dia jual.
6. oleh kerna bajet yang ketat, kitaorang langsung takde plan nak keluar dari kota bandung.. ada jugak tanya teksi, they said they charged rp900k per day charter. omakkkkauu! kami tau rate supir tu around rp450k je so...
but then, pada suatu hari yang indah, burung berkicauan mencari makanan.. aunty aku beramas mesra dengan seseorang masa tengah breakfast kat guesthouse tu.. aku tak berada di tempat kejadian so tak tau apa topik perbincangan dua orang ni.
tak lama pastu kitaorang suma berkumpul sama, rerupanya teteh (kakak) ni dari Pekalongan, kat belah mana aku pun tak sure huhu.. dia rekomen pegi jauh sikit.. tangkuban perahu ke, kawah putih ke, jakarta ke.. (asalnya memang ada plan nak ke jakarta tapi bajet tarak).. pastu dia rekomen supir yang biasa dia pakai. huhahuhahuha supir+tour guide tu sampai GH, huhahuha dorang bawak pegi kawah putih for rp500k.. asalnya rp550k tapi disebabkan kami berangkat agak lewat, so diskaun la sikit. kereta apa ntah, mini alphard kata supir tu hehe.. its a 7-seater mpv so memang selesa untuk kami berlima.. plus supir and free tour guide hoho..
sampai kawah putih tu dah tengahari kot.. panas siot, macam padang jarak padang tekukur. bau sulfur tu takda la kuat sangat, tapi kepala aku dah terasa di awang-awangan setelah beberapa minit kat situ..
cantik gak tempat ni... kalau datang awal pagi lagi cantik kot..
pastu pegi Situ Patengan.. kat sini ada pulau yang berbentuk <3 kat tengah tasik... aku tak berapa nak ingat mitos pulau ni, tapi lebih kurang kalau pasangan berchenta pegi pulau ni, chenta itu akan kekal sampei bila-bila ya ibuk ibuk bapak bapak.. kitaorng sampai sini jam 4pm, sejuk siot. kalau nak keliling tasik dan pulau ni bole naik perahu atau kayuh perahu sendiri..
7. apa lagi eh.. oh yeah, sebelum apapa berlaku, asingkan dulu rp75k untuk bayar airport tax balik nanti.. jangan la ikut perangai aku, dah asing awal-awal dah tapi dek kerna tergoda nak beli barang, aku gi pakai duit tu, pastu dah tak cukup duit nak bayar tax haha.. terpaksa la mintak bantuan talian hayat.
awal tadi aku ada cakap airport dia super kecik kan? masa nak balik tu, teksi akan turunkan depan pintu masuk airport.. naik tangga sikit, terus kena scan semua beg (kat sini scan sekali jek).. iya masuk semua beg nya, jangan kakak aja yang masuk pandai bergurau pulak cowok imi nih hehe..
kalau Q check in panjang, korang bole la bayar tax ni dulu, hantar wakil je cukup.. bawak semua boarding pass jek. nanti dia lekat sticker kat boarding pass tu.. dan menurut semua orang, bayar jumlah yang tepat kepada pakcik tu, maybe sebab pacik tu tak pandai kira kot.. balance dia tak kasi balik -___-
sesiapa yang ada duit lebih tapi tanak bawak balik malaysia, bole la membeli jajan kat dalam boarding room tu.. restoran pun ada gak tapi tak tau la aku dia jual apa.. aku beli coklat indon jek sebab balance pun sikit huhu..