ETD : KL 1425
ETA : ICN 2145 local time
seronok kooo dapat jejak kaki kat seoul, negara yang aku teringin sangat nak lawat! masa dalam flight tu pun dah rasa excited semacam, ala-ala "oh em jii aku dalam plane on the way ke korea ke??" hahha ( mengada la sangat >____< )
anyway.. sampai je kat incheon international airport, kami bergegas ke kaunter imigresen untuk tunjuk muka kepada mereka. oleh kerna tindakan kami yang pantas, maka barisan menunggu adalah pendek sahaja. kejap je lepas imigresen.
lepas amik beg and
kami naik the last bus yakni pukul 2250 tu.. insyaallah bas memang menepati masa
cuaca tak payah cakap laa.. keluar je dari pintu airport, memang la rasa seronok merasa dingin angin sepoi-sepoi bahasa tapi pastu merasa la ko sakit hidung sakit kepala sebab sejuk sangat.. nak-nak pulak bila kena jalan kaki lebih kurang 200meter dari bus stop Sejong Hotel untuk sampai ke guest house tu.
sampai guest house dekat tengah malam gak la.. lepas cek in, kami pegi level B1 yakni pantry room untuk mengisi perut yang kesejukan serta online untuk membuat posting