tapi kalau nak gi shopping kat area karamunsing kompleks tu, dekat jek... across the non-busy highway gitu. sila pakai shortcut yang terdapat di dalam taman berhadapan dengan pintu depan hotel berkenaan. dari jauh aku tengok ada giant, old town white coffee, singapore chicken rice etc.. errr tapi aku pon tak gi tempat tu hhee...
p/s hotel ni located kat atas bukit..
kalo nak gi town, hotel ada provide free shuttle.. leh tanya kat receptionist okeh. aku tak naik, so no komen ye.
bilik nya sangat spacious, and modern-like..
gambar di atas ni aku amik dari tempat coffee and tea making [ leh refer kat gambar bawah sekali ]
kat sebelah kanan pintu masuk tu adelah almari baju, ada hanger dan juga peti keselamatan.
same spot... tengok ke kiri sikit. yang belah upper left tu adelah cermin ye anak-anak..
[ p/s beg berkenaan bukan hak milik saya ]
kat siling atas cermin ni dorang ada letak arah kiblat.
gambar kat atas ni plak aku amik dari pintu masuk.
blinds tu terpaksa diturunkan pada masa kejadian kerana panas terik yang amat sangat.
oh ya bilik aku ni mengadap town so bleh tengok kenderaan kuar masuk kawasan hotel ni.
and so sorry.. aku tak amik pon gambar lam toilet. tapi no worries, memang bersih ya amat.
ada provide towel, sabun, shampoo, dental kit segala. shower with no curtain ekk, mandi lam bilik kaca gitu..
breakfast pon banyak choices! gile aku bole lepak 2 jam kat situ [kononnye]
ada nasi lemak [ ni menu wajib hotel-hotel malaysia kot! ], mee goreng, cornflakes dan rakan2, sosej, rendang, baked beans, roti macam-macam jenis ada, bole bakar atas grill hokehh..
then aku tengok ada gak dim sum, laksa etc tapi aku tak gi amik pon coz dah kenyang banget [ nyesal tak sudah ] lain-lain tu aku pon dah tak ingat.. yang pasti halalan toyyiban.
Overall, tolak location factor, i'd give 2 thumbs up!