Sunday, March 6, 2011

PACIFIC SUTERA, SUTERA HARBOUR RESORT KOTA KINABALU

sutera harbour ni terbahagi kepada 2 tau : pacific dan magellan.

jangan le tanya aku apa bezanya.. yang penting dua-dua pon best. hhee..

so i stayed 1 nite at pacific sutera golf view [ awal pagi pon dah ada orang main golf hokeh... iyee aku nampak ] kalo amik sea view lagik 100 kali ganda best punya view dow..






 bilik aku di tingkat 8.. actually leh tengok sipi-sipi pemandangan laut nun..


 sila tengok ke bawah..



zoom sket..

bilik air dia sangatlah 'amazing'.. ada tingkap dow... leh buat mesyuarat tingkap dengan cik kiah sambil berendam dalam bathtub letak orange juice tepi tingkap gitu.


gambar ni aku amik dari atas katil tepi tuh... leh nampak kan bathtub berkenaan? sapa-sapa yang bawak anak kecik yang nakal tu sila la jauhkan mereka dari tempat ini jikalau anda hendak mandi atau membuat pelaburan.

bilik air dia besar, dari pintu masuk tu mau 3-4 langkah untuk mencapai sinki di hadapan. sebelah kanan bathtub, belah kiri tempat shower.
ni antara accessories bathroom dia okeh:
shower gel, shampoo, lotion, sikat, razor, cotton bud, berus gigi n toothpaste, sanitary bag, shower cap.. ape lagik eh? and ada bathrobe okeh. sila amik dalam almari.

p/s lantai bilik mandi adelah sangat sejuk. sila pakai selipar yang disediakan.

dalam almari plak dah tersedia iron+iron board, hair dryer, peti harta karun..

pastu aku tercarik-carik la coffee and tea, takkan takde kot?? tak patot sungguh.. aku potpetpotpet pastu kawan aku bukak satu kabinet bawah meja and taraaa! baru la nampak cik kettle and kawan-kawan. maka jadi la air kopi.. maka tak jadi la aku nak kondem sutera harbour hehehe.


the only thing yang aku tak berkenan adelah tv tersebut. dahla outdated.. at least bole tak bagi clear sikit tv tu? kate hotel 5 bintang, ada astro bagai tapi nampak lalat-lalat berkeliaran dalam tv wtf??



sekarang kita berada di belakang hotel. tingkat 1 itu [ kat signboard golf club and magellan sutera tu] adelah "cafe boleh" [ eh ye ke, aku dah lupa daa ] dinner and breakfast sangatlah memuaskan hati.

tapi bole tak kalo aku kata menu dinner yang aku paling ingat adelah sagu gula melaka dan cheese cake jek sebab sangatlah mabeles ^_^ gile aah.. balik jek umah terus aku carik resipi sagu gula melaka hahaha.

for breakfast, cam biasa la menu wajib hotel - nasi lemak, macam-macam jenis bread and cornflakes sekawan.. then ada roti canai, ada 3 jenis kuah bole pilih either kari, dhal and ... tak ingat.

pastu ada sup korean apentah. pastu ada bubur nasi with lotsa condiments to choose from! ada ikan bilis goreng, bawang goreng, kicap berjenis-jenis, sayur-sayuran masin.. heaven for bubur lovers!



ni cik marina kat belakang hotel.. bangunan beratap merah tu adalah part of magellan.
best dow lepak sini... ada swimming pool, and then kalo nak mandi laut pun bole.. kuar jek dari swimming pool, sampailah anda ke pantai private tersebut. banyak minah saleh jek yang berjemur kat sini.

drebar teksi : sudah pegi ke pulau?
us: semalam sudah pegi
drebar teksi : orang sabah ndak mau bah kalau suruh pegi pulau. kalau ko tolak pun melekat dia kat situ.. takut hitam. sebab tu la kau jarang nampak orang sabah di sana.

kalo nak pegi town tapi anda adelah sangat kedekut untuk bayar rm12 kepada drebar teksi, bole la naik free shuttle bus. departs every hour starting kol 7@8am aku tak sure... tapi yang pastinya sila buat reservation sejam lebih awal sebelum berangkat ye tuan-tuan dan puan-puan... pit stop nya adelah centrepoint, wisma merdeka, yang lain tu aku tak pasti. 

aku turun kat centrepoint, and then lari-lari anak menuju ke warisan square to catch free shuttle to 1Borneo.. ehh ehh aku dah nampak bas tu sampai so aku pon menambah kelajuan larian.. tapi nyata usaha gwe gagal kerna bas udah penuh dehh. nak tunggu next bus kena tunggu sejam lagik. wth??
tak sempat dow, flight gwe petang nanti bah.. nak tanak, terpaksa la amik teksi.. rm25 kauu! for a 20min ride. nasib baik view chantek.

on the way to 1B tu, nampak tompok-tompok penjaja menjual something along the way [ jalan besar hokeh, level highway gitu ]

aku : apa yang dia jual tu pacik?
pacik teksi : ntahla
aku : bukan bubuk ka?
pacik teksi : iya mungkin juga.. ohh betul la tu. tuuu dorang tengah tangkap [ sambil menunjuk ke arah pesisir laut ]
aku : berapa sekilo tu pacik?
pacik teksi : tak tau la

adehh la pacik.. suma tak tau nih.

sampai jek kat 1B, kitorang terus gi book tiket free shuttle back to town, pastu leh la shopping dengan hati yang girang.


cantik tak?? nak lagi cantik, sila la pegi tengok dengan mata sendiri.. nak lagi best, sila amik bilik sea view. anda tak payah kluar bilik untuk menikmati keindahan tempat ni. yang pasti, semua staff terbaekk dow.. dari top management sampai ke gardener.



p/s orange juice dan segala makbapak juice adelah rm16 segelas kecik. sampai bila-bila pon aku takkan lupa. hhe..