ok sekian.
aku up kan cita tokyo dulu sebab baru berlaku.. baru lah sangattt. maklumlah memori tak sharp, mungkin kerna kekurangan makan fish oil.. so kena lah bertindak segera.
macam biasa kena soal siasat dalam flight.. nanti nak kasi ngan pacik imigresen dan kastam nanti.
hoho sejuk weh.. oh lupa nak cakap, kami berdua berangkat dari kl pada 26 januari pukul 2:45pm.. sampai haneda, tokyo jam 10:30pm kot.. aku pun dah tak ingat. sekarang musim winter.. tapi bandar tokyo itself tak bersalji lah. kadang-kadang jek ala drizzling gitu..
turun je dari plane, ada bas akan tunggu kat bawah.. so gambar kat atas ni diambil dari dalam bas. macam best jek pengalaman naik bas atas landasan kapal terbang hoho.. sebab terlalu eksaited tu aku pon lupa nak amik gambar. hampeh sangat.
kat tokyo ni kalau nak mengambil oksigen, kena pegi ke tempat yang disediakan sahaja.
malam tu kitaorang lepak kat airport jek.. seronok gak jalan kat airport ni. kalau nak beli barang, boleh pegi kedai 24jam kat tingkat bawah sekali yang bernama lawson.
nak guna internet pun ada tapi berbayar lah.
ni kat tingkat atas sekali.. nak cari jalan nak ke tempat ni pon berpusing-pusing sebab lift nya tak naik terus ke 5th floor. observation deck tu open space, tempat lepak yang amat best kalau musim panas sebab boleh tengok banyak plane parking sini..
kira-kira jam 5:45am gitu naik train menuju asakusa. train masih lengang dan luar pun masih gelap macam malam tapi bulan mengambang sehh.. chantek sangat. toksah la tanya pasal gambar.. aku ketuk jari kau kang.
dah selesai simpan beg, yeaaa bolehla kita berjimba hoho.. masa ni dalam pukul 7am gitu kot. oleh kerna sensoji temple dekat jek so kami jalan kaki je sambil menikmati udara winter area asakusa ni.. kata pelancong, haruslah explore gitu.
kat tokyo tak banyak kereta.. motosikal pun jaranggg sangat nak jumpa. dorang pegi keja pun pakai basikal dan train je. org malaysia jek yang
sensoji temple.. masih awal pagi sangat. orang yang nak sembahyang pun tak sampai lagi... kitaorang plak yang lebih-lebih.
tokyo sky tree tengok dari jauh saja.. seberang sumida park je.
bawa hanjing bersiar-siar adelah perkara biasa bagi rakyat tokyo
map ueno park
sejuk-sejuk pun ramai yang berkeliaran kat sini.
sekali main 100yen = rm 3.50 lebih kurang lahh.. tapi 10 kali main pun belum tentu dapat bendalah ni.
haaaaa ada 56 buah mesin lagi bersusun belakang tu.
lepas tu berkejar-kejar ke tempat yang bernama ryogoku kokugikan.. nak tengok final match sumo la konon.. tiket sold out okehh.
apakata kita join locals kat luar pagar je lah.. kot-kot ada peserta sumo yang lalu. sporting jugak local sini, setiap kali ada peserta yang lalu, dorang suma tepuk tangan bagi sokongan gitu.
skodeng dari luar pagar je noks
lepas tu pegi tokyo metropolitan government building yang tinggi amat ni. ada 2 tower iaitu north dan south. setiap tower ada satu lift je naik ke atas so kalau ramai umat nak naik, terpaksa la beratur lama sikit. barang free la katakan.. tapi lift dia laju siottt. sekelip mata je dah sampai tingkat
like i said.. no motorcycles. motor what?? pfftt






















