Wednesday, February 29, 2012

kalau lah aku seorang jurulatih..

badminton

aku ada masalah betul kalau tengok hapis main.. kemain lagi lembik hadoiiiii! bila aku dengar dia tersenarai sebagai pemain untuk Piala Thomas, aku menjangkakan bahawa Malaysia memang nak amik tahun ni untuk kalah-sengaja dan menumpukan perhatian untuk Olimpik jek.

tapi kalau la aku jurulatih badminton ni, takde de aku suruh dorang training macam biasa.. aku akan oder raket tenis/skuasy, training la korang dengan raket yang berat tu. dengan yang demikian, otot tangan akan terbentuk secara semulajadi, power untuk smash juga insyaallah akan bertambah kuat juga.


bola sepak

aku ingatkan pasukan bola sepak kita dah bangkit bila dah banyak kali menang lawan pasukan luar nih.. rerupanya belum.

aku : aiyyyoooo amma appa.. macam mana bola bole terlepas la bongokkk.. oii pass la kat orang lain!!
mak : eh ko pegi la main sendiri...

ya aku pasti dialog mak aku tu pun sentiasa meniti di bibir pemain bola sepak kita... hoi apakejadahh. dah nama kau PEMAIN BOLA SEPAK, terima duit untuk bekerja main bola, ko training main bola.. takkan la ko nak suruh tukang kutip bola tu main untuk kau pulak.

dan kalau aku nak ganti tempat Ong Kim Swee, sila la korang berlatih dengan bola ping pong ragbi.. then tak payah panggil MU or Chelsea datang berjoli kat sini.. cukup la korang buat friendly match dengan pasukan sekolah rendah je dulu.


renang

memang sukan renang kat sini agak tidak glamer.. aku pun tak tau pesal. rasa-rasanya ramai juga yang pandai berenang tapi mungkin tak cukup stamina la kot. yang terjun-terjun tu ok la, aku no komen..

so kalau aku nak train swimmer ni.. tak payah la korang buang duit beli bikini watsoeva. ko datang training pakai jeans panjang dengan t-shirt.. kalau dengan jaket lagi chantek.. pastu terus terjun ke dalam kolam. aku nak tengok jauh mana ko dapat berenang dengan baju lengkap. kalau setiap hari training macam ni, hek elehhhh rileks je ko pecut kalau pakai swim wear nanti hokeh.


olahraga

masa Sukan Sea or Olimpik or Komanwel etc, aku paling suka tengok lumba lari.

aku rasa semua orang tahu kelemahan atlit olahraga kita iaitu.. kaki yang agak pendek berbanding dengan atlit oversea. tapi no sweat. yang penting kaki mesti mau tangkas..

jika anda mau training sama saya, setiap hari musti mau lari dengan kasut Bata yang berat tu.. lagi berat lagi bagos. kalau sudah biasa lari laju dengan kasut berat ni, anda tiada masalah untuk lebih pantas jika menggunakan kasut sukan!


lumba basikal

yang ni bonus je.. aku cadangkan masa dorang bawak basikal tu, tariklah something berat like tayar ke, manusia ke kat belakang tu..



aku tengok even artis korea cekeding-papan-lapis yang korang kata macam pondan tu pun mostly ada gak six pack abs.. kalau kat sini jangan kata artis, atlit pun banyak yang boroi!

sesuai dengan perumpamaan 'practice makes perfect'... kalau ko biasa train dengan something yang heavier than usual, sepatutnya ko akan lebih hebakk kalau masuk competition pastu.






p/s
wahai ahli majelis tinggi sukan negara..
korang jangan pulak berbadan boroi juga isap rokok sambil melantak nasi briyani kari kambing serta dok opis ngangkang jek..
sungguh tak mencerminkan budaya sukan langsung. bagi malu kat ore luo ajo. sekian.